Bengkel Bakeri (Kek dan Dekorasi) Minggu Keempat

28 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu - 27 April 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan bengkel usahawan bakeri kek dan dekorasi. Bengkel ini bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Pusat Internet Lubok Antu. Bengkel ini telah dihadiri seramai 12 orang peserta dari sekitar kawasan Lubok Antu. Bengkel ini bertujuan untuk mengalakkan lebih banyak lagi komuniti sekitar Lubok Antu khususnya golongan belia menceburi bidang keusahawanan.

Dalam bengkel ini, para peserta telah diajar cara menghasilkan kek dan membuat dekorasi. Selain itu, para peserta juga telah didedahkan dengan cara yang betul untuk menghasilkan icing yang bagus untuk menghasilkan dekorasi pada kek. Tambahan pula, para peserta juga telah diajar cara menghasilkan dekorasi seperti membuat bunga, anyaman dan sebagainya. Bengkel ini diharapkan dapat membantu para komuniti yang berminat dalam bidang keusahawanan khusunya dalam bidang bakeri.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali